Tentang Kami

Program Icopangkasa.com.my (ICOP) merupakan inovasi ANGKASA bertujuan memberi nilai tambah perkhidmatan kepada Ahli Koperasi dan memberi manfaat secara langsung kepada anggota-anggota Koperasi seluruh negara. Sistem ini dibangunkan khusus untuk menjalinkan kerjasama bersama Koperasi Koperasi di Malaysia. Melalui ICOP, jalinan persefahaman antara ANGKASA, Masamart Marketing Sdn Bhd, koperasi-koperasi, syarikat insuran dan institusi kewangan telah dimeterai bagi membolehkan Koperasi dan anggota-anggota Koperasi membeli insuran kenderaan bermotor serta memperbaharui cukai jalan diatas talian dengan mudah, cepat dan selesa. Selain dari itu ICOP juga akan menawarkan lain-lain produk insuran yang menarik secara pakej istimewa dan berperingkat untuk Koperasi dan anggota Koperasi. Icopangkasa.com.my, ditadbir urus oleh Masamart Marketing Sdn Bhd sebagai rakan Teknologi dan strategik ANGKASA.

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad atau ringkasnya ANGKASA adalah merupakan badan puncak gerakan koperasi yang diiktiraf oleh kerajaan untuk mewakili Pergerakan Koperasi Malaysia diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. ANGKASA melaksanakan program transformasi koperasi melalui penyertaannya dalam projek-projek ekonomi berimpak tinggi. ANGKASA juga menjalankan perkhidmatan terasnya yang menyediakan perkhidmatan potongan gaji kepada kakitangan kerajaan, koperasi badan berkanun, kelab, koperasi, kesatuan dan syarikat GLC.

Tujuan Kami

Semua orang ada cita-cita dan matlamat tersendiri - sama ada secara peribadi dan profesional. Tujuan kami memberi keyakinan kapada anda untuk mencapai apa yang diidamkan dengan menolong menguruskan risiko yang mungkin dihadapi. Perkhidmatan yang kami sediakan ini akan dapat mudahkan dan memberi perlindungan yang diperlukan supaya anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk mencapai cita-cita yang diidamkan selama ini.

Visi Kami

Visi kami ialah untuk menetapkan standard kecemerlangan dikalangan pembekal perkhidmatan urus niaga insuran diatas talian dan juga menjadi entiti pilihan didalam perkhidmatan ini.

Icop Angkasa | Homepage

Create new account or sign-in.

If you dont have any account yet, fill in your email and password, then you are good to go